Monday, August 23, 2010

Sabahan are a bunch of selfish people that don't want development

Karangan di bawah adalah reaksi dari komen yang ditulis dalam petikan blog di bawah

http://hantulautan.blogspot.com/2010/08/open-letter-to-pm-from-sabahan-cynthia.html

***
loji penjanakuasa batu arang adalah satu cara penjanaan yang paling kotor dan mencemarkan tidak kira bagaimana cara pencegahan dilaksanakan.

terdapat bukti yang paling jelas dimana satu loji penjana batu arang di Tennessee amerika syarikat dikatakan sebagai yang paling selamat telah berlaku malapetaka di mana kawasan tadahan sisa habuk arang tertumpah dan ia mengakibatkan kawasan sungai dan tasik tercemar sehingga kini.

di mana negara kita mempunyai masalah dalam menangangi masalah pencemaran oleh pengusaha kilang dan pembuangan sisa toksik oleh industri berat, adakah kita yakin bahawa akan penguatkuasaan ini akan berkesan dan tiada penyelewengan berlaku? tepuk dada tanyalah selera.

loji penjana batu arang yang akan dibina di lahad datu sabah adalah satu tindakan yang tidak tepat kerana lokasi kawasan sekitar adalah kawasan alam semulajadi yang paling indah yang kaya dengan alam flora dan fauna.

kawasan lokasi loji batu arang juga berdekatan dengan kawasan perindustrian ikan dan rumpai laut dan sebagai tempat tarikan pelancongan (sipadan dan mabul) akan kehidupan dalam lautnya yang memberi pendapatan yang bernilai berbillion ringgit setahun bukan kepada penduduk tempatan tetapi kepada penduduk sabah dan kerajaan negeri sabah.

apakah jenis pembangunan yang boleh dibawa oleh loji penjana arang batu yang kecil ini sedangkan kawasan sekitar adalah dimiliki oleh skim kerajaan FELDA selama 20 tahun dan penduduk tempatan masih hidup dalam keadaan daif dan miskin di mana terdapat satu resort yang indah dengan segala bekalan air dan elektrik yang hanya kurang daripada 1km dari kawasan lokasi.

loji ini akan menyebabkan penduduk kampung miskin dipindahkan ke kawasan yang tidak ditentukan lagi. terdapat banyak perkara yang dijanjikan. FELDA 20 tahun yang lalu telah menjanjikan pembangunan kepada penduduk tempatan dan sampai sekarang pembangunan asas seperti jalan raya, elektrik dan air masih tidak dapat dibekalkan kepada mereka.

sememangnya kita mahu bekalan tenaga yang stabil dan murah. akan tetapi, adakah kita sanggup mengorbankan alam sekitar dan hidupan laut oleh kerana kita mahu akan bekalan elektrik yang murah. adakah kerana kita mahu sumber tenaga yang murah, penduduk kampung berdekatan hilang mata pencarian akibat daripada pencemaran yang dilepaskan oleh loji ini ke dalam laut yang menyebabkan batu karang mati dan ikan tercemar dengan bahan kimia buangan dan pada masa yang sama merupakan makanan seharian penduduk tempatan.

oleh itu, diharap mereka yang menyokong pembinaan loji ini memikirkan secara lebih mendalam dalam hati mereka sebelum memberi komen dan kritikan yang tidak membina dan membantu dalam penyelesaian isu ini.

***

7 comments:

nc said...

ive read the news on people supporting the plant.. :(

isnt there any other alternative to this?

Jefferi Chang said...

hi,nc. What u have read at newspaper are as misleading as the deia report to the coal plant by UKM consultant. They're spreading lies about the plant and there is nothing good will come out from this except toxic coal ashes and water and money goes into someone bank account in the name of the community.

Joey said...

I dun want to left my son a polluted environment

Jefferi Chang said...

with that in your mind, please do our part to make sure no coal will be burn in sabah and malaysia overall.

first thing one can do is to support the arang dilarang car sticker campaign. log in to your facebook and join the cause. second, learn about the issues and why coal is not the option and what is the other option there is?

educate yourself and create awareness among your friends and families. the healthy future of our son and daughter's environment is on our hand today.

AJ said...
This comment has been removed by the author.
AJ said...

Jeff,i want to reshare this.. may this can be heard by all

Jefferi Chang said...

boleh ba kalao kau... ^^

Notice

I discovered that some one is using my name to write a comment at another people's blog. I don't know what is the intention to do it but i believe it is not a good one.

Please be notice:

1. I never write comment into chat box. I only gave comment at post comment.
2. Please check out with me via my contact email before accusing me making a bad mark on your site. If i find my comment was not true, i will apologize publicly.
3. Police report will be made and investigation will be done to find the culprit. The owner site will be able to track the IP address of the culprits.
4. I will personally take court action against any person who ever trying to spread false impression about me or my business.

***

Facebook