Monday, May 26, 2008

Pheonix Landed on Mars

Nasa's Pheonix Lander landed on Mars to join among the successfully Mars mission after the Mars rover Spirit and Opportunity.



This historical moment still got a huge attention people and news around the world although it not as huge as the landing of Spirit and Opportunity few years ago. From this point onwards, we're not anymore amazed by the photos sent back by Phoenix Lander because the photo look so similar with what was sent back by Spirit and Opportunity. The different Phoenix with Spirit and Opportunity was this is a still probe lab and not a mobile as Spirit and Opportunity.



To read more about the mission, please click the link above or search it on Google search.

Wednesday, May 07, 2008

Dr Mohamad Khir Toyo: Pejuang baru bagi rakyat sabah

Selepas membaca suratan blog oleh Dr Mohamad Khir Toyo yang bertarikh 3 Mei, saya berasa amat terkejut sekali dengan penelitian beliau tentang permasalahan yang dialami oleh penduduk di negeri ini. Permasalahan yang beliau tulis bukan satu perkara yang baru tetapi telah lama terjadi dan diabai dengan pelbagai alasan yang tidak munasabah.

Ia cukup jauh berbeza dengan keadaan pertanian negeri Selangor. Saya merayu kepada YAB untuk mengotakan janji membasmi miskin tegar di Sabah dengan membina sistem pengairan yang sepurna bagi sabah dan meningkatkan kualiti hidup mereka. Rata-rata saya lihat mereka masih bermimpi untuk menikmati janji kerajaan persekutuan. Tapi apakah mimpi tersebut akan menjadi realiti?


Selama ini, tidak ada seseorang ahli politik dari semanjung yang berminat mengenai keadaan di negeri Sabah walaupun ia telah beberapa tahun diungkitkan dan dibahaskan di parlimen. Tidak dapat dinafi Dr Mohamad Khir Toyo mempunyai hujahan yang munasabah mengenai keadaan di negeri sabah, tetapi niat beliau untuk membantu penduduk di negeri sabah ini disertai dengan tujuan dan matlamat yang lain. Kritikan beliau mengenai pentadbiran di negeri sabah tidak dapat mengubah apa-apa kerana kebanyakan rakyat di negara ini tidak sudah yakin kepada beliau.

Pendekatan yang berbeza pada kali ini dianggap sebagai propaganda politik. Beliau cuba untuk mendapatkan kembali sokongan dari rakyat dengan berhujah seperti parti pembangkang. Namun, tidak diketahui beliau bahawa sokongan yang diperolehi adalah diberikan terus oleh tokoh-tokoh politik UMNO dan bukan dari akar umbi. Keupayaan beliau dalam jawatan menteri besar selangor pada masa dahulu berpunca dari anjakan dan pencaturan oleh tokoh besar dalam UMNO itu sendiri. Sekiranya, tokoh besar tersebut tidak lagi mendapat sokongan, maka ia akan sama sama tenggelam dengan tokoh tersebut.

Lihat sahaja sawah di Kota Belud tidak punya sistem saliran yang baik. seperti projek Barat Laut di Selangor. Sabah hanya mampu mengeluarkan 30% sahaja keperluan beras negeri tersebut. Dengan kenaikan harga beras yang mencapai 40-50% ini akan menyebabkan rakyat Sabah terpaksa mengikat perut.


Petikan di atas memberikan gambaran yang benar bahawa sistem pertanian di negeri sabah amat mundur sekali. Peratusan statistik disuapkan kepada pembaca tetapi tidak diberikan asal kajian tersebut dirujuk. Penulisan tersebut dari sekilas pandang seakan akademik tetapi sebenarnya tidak. Peratusan tanpa sumber rujukan merupakan satu penyataan yang direka oleh diri sendiri tidak disokong dengan apa kajian dan ia tidak boleh dianggap fakta.

Kenyataan yang menulis bahawa rakyat sabah mengikat perut telah diperbesar-besarkan. Tidak ada rakyat sabah di kampung terpaksa mengikat perut kerana mereka tidak mempunyai makanan. Rakyat sabah sebenarnya tidak hanya bergantung kepada nasi sebagai sumber makanan. Terdapat banyak hasil tanaman yang lain boleh dimakan selain dari pada nasi seperti keledak, sayur, ikan dan lain-lain. Sebab utama rakyat sabah mengikat perut adalah kenaikan harga petrol. Perkhidmatan bas yang kurang berkesan di bandar-bandar utama seperti di Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau menyebabkan kebergantungan kepada pengangkutan sendiri untuk menjalankan aktiviti kehidupan seharian. Maka, perubahan kepada kenaikan harga petrol akan sedikit sebanyak meningkatkan kos hidup bagi penduduk sabah yang tidak mempunyai pilihan pengangkutan alternative yang berkesan.

Semua bahan keperluan yang digunakan di sabah dibawa masuk dari semenanjung. Ini disebabkan penguasaan pembekal barang keperluan yang diberikan kepada syarikat yang berpusat di semenanjung. Segala keperluan seperti tepung, susu, gula, simen dan sebagainya harus melalui satu pembekal tertentu dan diagihkan mengikut negeri masing masing. Disebabkan oleh jarak antara negeri sabah dan sarawak dengan semenanjung, faktor pengangkutan juga merupakan antara penyebab kepada kekurangan bahan keperluan asas sekiranya berlaku konflik antara syarikat pengangkutan laut tersebut. Oleh itu, bebanan dan kos sara hidup dia negeri sabah lebih tinggi daripada negeri lain walaupun keadaan ekonominya mundur.

Kesimpulannya, adalah terlambat bagi Dr Mohamad Khir Toyo memperjuangkan masalah yang dihadapi oleh penduduk di negeri sabah. Dr Mohamand Khir Toyo tidak pernah menunjukkan keperihatian tentang masalah yang dialami oleh penduduk sabah sewaktu memegang jawatan menteri besar selangor. Beliau sekurang-kurangnya boleh membantu menyalurkan sedikit bantuan dan perancangan yang boleh meningkatkan ekonomi negeri sabah. Kekalahan tampuk kerajaan UMNO di selangor adalah satu bukti sokongan dan kepercayaan terhadap beliau telah merosot. Oleh itu, apa yang ditulis oleh beliau adalah cuma propaganda dan strategi politik yang hanya untuk membantu diri sendiri dan bukan rakyat.

Pautan:
Cetusan Dr Mohamad Khir Toyo: Sabah, Kehakiman dan Politik.

Sunday, May 04, 2008

Sepintas Coretan

Ini kali pertama aku mencoret ayat dalam bahasa melayu dalam blog ini sejak ia dimulakan. Aku telah lama memikirkan untuk mengarang suratan dalam blog dalam bahasa melayu tetapi kebuntuan idea telah menyekat dan melewatkan keinginan tersebut. Bertapa susahnya untuk aku mengarang suratan ini dalam bahasa melayu sejak tidak menggunakan selama beberapa tahun dimana kebiasaanya aku mengarangan suratan dalam blog dalam bahasa inggeris.

Adalah menyedihkan sekiranya pembaca mengetahui bahawa aku telah dilatih dan pakar dalam bidang bahasa melayu sehingga taraf universiti dan lama tidak menggunakan ilmu yang dipelajari dalam kehidupan seharian. Kekurangan semangat dan motivasi merupakan alasan yang aku dapat berikan untuk menjelaskan segala kejadian ini. Oleh itu, amat sukar bagi aku memikirkan ayat-ayat yang sesuai dalam suratan blog yang pertama ini dan mengakui tahap kepakaran telah turun mendadak.

Belum aku putuskan apa yang akan dirangkumi dalam penulisan suratan blog dalam bahasa melayu. Dipikirkan ia akan mengenai sedikit coretan suara hati yang lebih bersifat peribadi yang tidak aku kisah meluahkan dalam blog ini. Setakat ini sahajalah mindaku dapat mengharungi kesengsaraan mengupas semula apa yang telah ditinggalkan selama beberapa tahun dan seterusnya mengharapkan lebih banyak coretan dalam bahasa melayu di hari yang akan datang.

Friday, May 02, 2008

Malaysia's politic God Father on Blogger



At last, former PM Dr Mahathir Mohamad create his new blog. It was pen named Che Det. I remembered he mentioned this was the name that he used for long time during his younger years writing for newspaper. I don't really know much about it.

I have nothing to write about this blog. I just hope he can write lots of post for the people to read.

Notice

I discovered that some one is using my name to write a comment at another people's blog. I don't know what is the intention to do it but i believe it is not a good one.

Please be notice:

1. I never write comment into chat box. I only gave comment at post comment.
2. Please check out with me via my contact email before accusing me making a bad mark on your site. If i find my comment was not true, i will apologize publicly.
3. Police report will be made and investigation will be done to find the culprit. The owner site will be able to track the IP address of the culprits.
4. I will personally take court action against any person who ever trying to spread false impression about me or my business.

***

Facebook