Sunday, May 04, 2008

Sepintas Coretan

Ini kali pertama aku mencoret ayat dalam bahasa melayu dalam blog ini sejak ia dimulakan. Aku telah lama memikirkan untuk mengarang suratan dalam blog dalam bahasa melayu tetapi kebuntuan idea telah menyekat dan melewatkan keinginan tersebut. Bertapa susahnya untuk aku mengarang suratan ini dalam bahasa melayu sejak tidak menggunakan selama beberapa tahun dimana kebiasaanya aku mengarangan suratan dalam blog dalam bahasa inggeris.

Adalah menyedihkan sekiranya pembaca mengetahui bahawa aku telah dilatih dan pakar dalam bidang bahasa melayu sehingga taraf universiti dan lama tidak menggunakan ilmu yang dipelajari dalam kehidupan seharian. Kekurangan semangat dan motivasi merupakan alasan yang aku dapat berikan untuk menjelaskan segala kejadian ini. Oleh itu, amat sukar bagi aku memikirkan ayat-ayat yang sesuai dalam suratan blog yang pertama ini dan mengakui tahap kepakaran telah turun mendadak.

Belum aku putuskan apa yang akan dirangkumi dalam penulisan suratan blog dalam bahasa melayu. Dipikirkan ia akan mengenai sedikit coretan suara hati yang lebih bersifat peribadi yang tidak aku kisah meluahkan dalam blog ini. Setakat ini sahajalah mindaku dapat mengharungi kesengsaraan mengupas semula apa yang telah ditinggalkan selama beberapa tahun dan seterusnya mengharapkan lebih banyak coretan dalam bahasa melayu di hari yang akan datang.

3 comments:

Haizum said...

*laughs* To tell you the truth, it took me awhile to read the post. Maybe my friends and I need to come up with a Bahasa Malaysia day, just to make things interesting.

Jefferi Chang said...

yeah.. we need some more blog in multi language to make things interesting. ^_^

SR215 said...

Tahniah, satu percubaan yang bagus sebenarnya. Memang sukar untuk menggunakan bahasa Melayu baku baik dari segi penulisan atau percakapan jika bukan kerana penggunaannya yang dibatasi dialek seharian kita.

Tapi Jefferi berjaya melakukannya. Tahniah.

Notice

I discovered that some one is using my name to write a comment at another people's blog. I don't know what is the intention to do it but i believe it is not a good one.

Please be notice:

1. I never write comment into chat box. I only gave comment at post comment.
2. Please check out with me via my contact email before accusing me making a bad mark on your site. If i find my comment was not true, i will apologize publicly.
3. Police report will be made and investigation will be done to find the culprit. The owner site will be able to track the IP address of the culprits.
4. I will personally take court action against any person who ever trying to spread false impression about me or my business.

***

Facebook