Showing posts with label malay. Show all posts
Showing posts with label malay. Show all posts

Monday, March 09, 2009

Bahasa Melayu for teaching Science and Math and not Tamil or Mandarin

More people are giving their opinion over the government decision to maintain the teaching English in science and math subject. It true that English is the perfect language to be mastered if one want to understand the knowledge of math and science. First at all, i support the government policy toward science and math but later on after reading some blogs and forums in television, i find it this is not the right decision.

1. No or only few country around the world use a bilingual in separate teaching any subjects at school. Most of them use their official language to teach all school's subjects consistently. For example, Indonesia uses Bahasa Indonesia to teach all the school's subjects and their level of education far better than us. Japan and China also did a same thing and they have launched rockets to the space successfully.

2. It not about the Malay’s language heritages or rights but more on confusing the young school children and creating identity crisis and conflict for the future generation. I am the product of the previous frequent changing education policy by the government each time a new education minister taken the post. Now, we even don't know how to call our national language. Bahasa Malaysia or Bahasa Melayu still not yet agreed.

3. English literacy among the majority of the school students is low. Unless we put English as our national language, it can be considered to be use in teaching science and math. While Malay is the national language by constitution, don't dream that it will change a things where only little percentages of city school students benefited from this policy while most rural and small town has less access to the material and practical everyday usages.

4. Teaching English in science and math shown that the government doesn’t want to put more effort in improving the education system in long term. Short term solution such this will create a new gap among the English speaking and non English speaking further away.

5. I believe the government should teach math and science in the national language that is Malay. We Malaysian no longer live in India, China or British. To stick with mother tongue language is a step backwards to the nation and educational building. I don't see the Americans teach their children in other language separately unless only as second language or culture and heritage conservation.

6. English should be the main qualification to any government post to make sure all spectrum of Malaysian can speak and write well. It is easier to lure the donkey with a carrot than pushing his back to make it walking. If the government not to obsess with Malay only policy, we will not have this problem at the beginning.

7. Other mother tongue language such as mandarin, Tamil, kadazan and iban should be listed as a mandatory pass for second language and should available in any government school around the nation. Secular Chinese and mandarin school shouldn't take the government fund if they want to maintain their language and should turn to private fund.

8. The government should not interfere with the nation education system. Changes only can be approved by those elected qualified expert in their respective field. Education Minister who chooses to change any education policy should present their cases in a commission established to safe guard the system.

These point above need no expert to think and create. It is a straight to the point and making some sense that was applied at some developed country. We lived in a very complex and complicated society that still living in their world and illusion of their homeland heritage. Those who still in delusional with their homeland should know that we're no longer considered as their country man. We will be treated as an outsider no different than we as to those illegal immigrants to our country.

Thursday, August 28, 2008

Persekutuan Malaysia: Satu rentetan minda.

Kejayaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihan raya khas Permatang Pauh merupakan satu peristiwa yang penting dalam pentas politik Malaysia. Tidak pernah disangka bekas Timbalan Perdana Menteri pada suatu ketika dahulu yang dipecat oleh bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad akan berdiri lagi di pentas politik di tanah air Malaysia ini. Malaysia sedang mengalami satu perubahan yang penting yang akan menentukan masa depan negara dan rakyat. Kejayaan pihak yang dahulu dikenali pembangkang telah menjadi pihak pemerintah di 5 buah negeri di Malaysia tidak disangka berlaku sekiranya tiada penglibatan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah berjaya mengumpul jumlah undi yang banyak dari komposisi kaum Melayu.

Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 51 pada 31 Ogos tidak lari daripada isu yang telah lama berbangkit. Percanggahan dan kesilapan dari fakta sejarah dan definisi "Hari Kemerdekaan Malaysia" telah mewujudkan sentiment tidak puas hati sesetengah masyarakat dari Sabah dan Sarawak. Isu ini bukan lagi merupakan satu yang tersembunyi pada mata umum kerana ia telah dibangkitkan dengan sengit oleh pihak surat khabar terutama di negeri Sabah dan Sarawak. Terdapat kekeliruan yang dipercayai disengajakan oleh pihak yang tertentu bertujuan untuk mengubah fakta sejarah yang penting ini. Pengubahan yang ketara dan penting ini adalah penggunaan ayat dari segi konteks "Hari Kemerdekaan Malaysia Ke 51".

Dari rujukan fakta sejarah, Malaysia adalah satu negara dari gabungan 4 negeri asal iaitu Malaya, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura. Tarikh rasmi pembentukan Persekutuan Malaysia sepatutnya pada 1 Jun 1963 tetapi ia ditangguhkan sehingga 31 Ogos 1963 dengan tujuan untuk menyambutan bersama dengan Hari Kemerdekaan Malaya. Namun, tarikh tersebut terpaksa diabaikan sehingga 16 September 1963 kerana terdapat bantahan dari pihak Indonesia dan Filipina yang membantah kewujudan pakatan persekutuan tersebut dengan ancaman perang konfrontasi. Nasib berpihak kepada pakatan gagasan Malaysia apabila Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu menyokong pertubuhan tersebut. (Pautan: Hari Malaysia )

Singapura telah dikatakan menarik diri pada tahun 1965 atas beberapa dasar masalah dengan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman. Fakta benar yang diperolehi dari tontonan dokumentari menunjukkan bahawa Singapura telah dikeluarkan dari Persekutuan Malaysia atas kekuatiran majoriti komposisi masyarakan Melayu terancam. (Pautan: History of Singapore) Isu mengenai kesahihan Persekutuan Malaysia selepas Singapura dikeluarkan oleh Tunku Abdul Rahman telah menjadi pertikaian masyarakat di Sabah dan Sarawak. Dipercayai terdapat satu perlanggaran perjanjian yang menentukan Persekutuan Malaysia seharusnya terdiri daripada 4 buah negeri iaitu Malaya, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura. Sekiranya salah sebuah negeri tersebut terkeluar atau memohon untuk berundur dari Persekutuan Malaysia, maka persekutuan tersebut tidak lagi menjadi sah. Perundingan dan pungutan suara harus dilakukan semula sekiranya negeri tersebut masih berminat untuk bergabung dalam pakatan tersebut.

Isu lain yang timbul seperti hak autonomi dan 25 perkara perjanjian pakatan yang telah dipersetujui oleh negeri Malaya dan Singapura yang merupakan pihak perunding Persekutuan Malaysia memberikan hak istimewa dalam pemerintahan negeri yang bertujuan untuk melindungi masyarakan peribumi masyarakat negeri Sabah dan Sarawak. Pejanjian tersebut telah sengaja dilupai oleh pemimpim pemimpin di negeri tersebut sehingga pada satu ketika Parti Bersatu Sabah berkeputusan untuk membangkitkan perjanjian 25 perkara yang dipercayai telah dipindah secara sulit dan dipersetujui oleh pemimpin tempatan tanpa pengetahuan masyarakat umum tentang hak istimewa yang mereka ada.

Terdapat banyak perkara yang boleh dijadikan isu mengenai pembentukan Persekutuan Malaysia. Setelah beberapa rujukan dan bacaan serta penatapan sumber internet, saya merasakan Persekutuan Malaysia adalah satu pakatan yang tidak mencapai matlamatnya. Terdapat beberapa isu yang tidak pernah dibangkitkan dalam Persekutuan Malaysia. Merujuk kepada komposisi pada hari ini, terdapat ketidak seimbangan pengagihan kuasa yang telah menolak ahli pakatan Sabah dan Sarawak ke keadaan yang merugikan. Pengagihan kuasa parlimen yang lebih berpihak kepada Malaya menyebabkan rundingan asal pada ammya tidak dilaksanakan. Ini menyebabkan kuasa permerintahan Persekutuan Malaysia lebih beralih kepada pihak Malaya dimana hak keistimewaannya dihakis secara pelahan lahan dengan bantuan pemimpin tempatan yang telah megadaikan kedaulatan negeri demi kepentingan diri sendiri.

Malaya atau lebih dikenali sebagai Persekutuan Malaya merupakan gabungan negeri negeri bersekutu, negeri negeri tidak bersekutu dan negeri negeri selat. Singapura tidak menjadi sebahagian Persekutuan Malaya kerana kerajaan Inggeris pada masa itu mempunyai perancangan tersendiri untuk wilayah jajahan tersebut. Pengamatan kepada kejadian sejarah memberikan satu kesimpulan bahawa sekirannya bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew tidak memperjuangkan pakatan Persekutuan Malaysia, wilayah ini akan masih menjadi satu kawasan jajahan seperti wilayah Hong Kong dimana ia berfungsi sebagai pusat perantaraan Asia Timur bagi pihak British. (Pautan: Persekutuan Tanah Melayu)

Pengamatan bacaan sumber internet juga memberikan kesimpulan bahawa rundingan Persekutuan Malaysia mendefinisikan Malaya sebagai satu negeri dan bukan 11 negeri berasingan. Sejarah menunjukkan bahawa rundingan pakatan Persekutuan Malaya terdiri daripada 5 pihak iaitu, Malaya, Singapura, Sabah, Brunei dan Sarawak. Brunei menarik diri daripada pakatan kerana terdapat tentangan dari penduduk tempatan. Runding disambung dengan 4 pihak yang tinggal iaitu Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak.

Melihat secara konsep pada hari ini, rundingan pakatan Persekutuan Malaysia adalah tidak adil. Memang menjadi impian negera seperti Indonesia dan Filipina untuk mengabungkan wilayah dalam kepulauan Borneo dalam kawasan mereka. Pulau Borneo yang merupakan pulau yang ketiga terbesar di dunia mempunyai banyak sumber semulajadi yang banyak. Kepelbagaian kehidupan yang terdapat dalam pulau yang besar ini telah dieksploitasi dan pada hari ini diancam dengan kepupusan secara besar besaran. Malaya selama 45 tahun menikmati faedah yang diberikan oleh negeri Sabah dan Sarawak. Namun, tidak ada faedah yang diterima kembali kerana berlakunya salah guna kuasa dan penyelewengan oleh pemimpin tempatan di peringkat negeri. Ini menyebabkan faedah tersebut tidak diagihkan secara adil untuk dinikmati oleh masyarakat tempatan. Kebanyakan kawasan perdalaman di negeri Sabah dan Sarawak masih mundur dan tidak membangun sejak pakatan Persekutuan Malaysia ditubuhkan.

Kesimpulannya, terdapat banyak isu bangkit yang berkaitan dengan pakatan Persekutuan Malaysia yang tidak dilihat secara serius oleh pemimpin tempatan di Sabah dan Sarawak. Kini terdapat pergolakan politik yang bertujuan untuk memperolehi kuasa dan hak kepimpinan terhadap pakatan Persekutuan Malaysia yang masih lagi mempunyai bekalan sumber asli yang banyak dan mampu memberikan kesenangan kepada pihak yang tertentu sahaja. Tidak ada penawar yang terbaik yang dapat mengatasi atau mengubati penyakit yang telah lama berakar dan mengenggam kuat yang menyebabkan amat mustahil untuk melepaskan. Peluang yang ada adalah penyebaran maklumat yang benar dan pengamatan dan pemikiran yang bijak dan pegangan nilai murni yang baik dari lapisan pemerintah dan masyarakat yang mampu mengubati penyakit ini dan seterusnya melepaskan diri dari cengkaman yang tidak adil ini.

Wednesday, May 07, 2008

Dr Mohamad Khir Toyo: Pejuang baru bagi rakyat sabah

Selepas membaca suratan blog oleh Dr Mohamad Khir Toyo yang bertarikh 3 Mei, saya berasa amat terkejut sekali dengan penelitian beliau tentang permasalahan yang dialami oleh penduduk di negeri ini. Permasalahan yang beliau tulis bukan satu perkara yang baru tetapi telah lama terjadi dan diabai dengan pelbagai alasan yang tidak munasabah.

Ia cukup jauh berbeza dengan keadaan pertanian negeri Selangor. Saya merayu kepada YAB untuk mengotakan janji membasmi miskin tegar di Sabah dengan membina sistem pengairan yang sepurna bagi sabah dan meningkatkan kualiti hidup mereka. Rata-rata saya lihat mereka masih bermimpi untuk menikmati janji kerajaan persekutuan. Tapi apakah mimpi tersebut akan menjadi realiti?


Selama ini, tidak ada seseorang ahli politik dari semanjung yang berminat mengenai keadaan di negeri Sabah walaupun ia telah beberapa tahun diungkitkan dan dibahaskan di parlimen. Tidak dapat dinafi Dr Mohamad Khir Toyo mempunyai hujahan yang munasabah mengenai keadaan di negeri sabah, tetapi niat beliau untuk membantu penduduk di negeri sabah ini disertai dengan tujuan dan matlamat yang lain. Kritikan beliau mengenai pentadbiran di negeri sabah tidak dapat mengubah apa-apa kerana kebanyakan rakyat di negara ini tidak sudah yakin kepada beliau.

Pendekatan yang berbeza pada kali ini dianggap sebagai propaganda politik. Beliau cuba untuk mendapatkan kembali sokongan dari rakyat dengan berhujah seperti parti pembangkang. Namun, tidak diketahui beliau bahawa sokongan yang diperolehi adalah diberikan terus oleh tokoh-tokoh politik UMNO dan bukan dari akar umbi. Keupayaan beliau dalam jawatan menteri besar selangor pada masa dahulu berpunca dari anjakan dan pencaturan oleh tokoh besar dalam UMNO itu sendiri. Sekiranya, tokoh besar tersebut tidak lagi mendapat sokongan, maka ia akan sama sama tenggelam dengan tokoh tersebut.

Lihat sahaja sawah di Kota Belud tidak punya sistem saliran yang baik. seperti projek Barat Laut di Selangor. Sabah hanya mampu mengeluarkan 30% sahaja keperluan beras negeri tersebut. Dengan kenaikan harga beras yang mencapai 40-50% ini akan menyebabkan rakyat Sabah terpaksa mengikat perut.


Petikan di atas memberikan gambaran yang benar bahawa sistem pertanian di negeri sabah amat mundur sekali. Peratusan statistik disuapkan kepada pembaca tetapi tidak diberikan asal kajian tersebut dirujuk. Penulisan tersebut dari sekilas pandang seakan akademik tetapi sebenarnya tidak. Peratusan tanpa sumber rujukan merupakan satu penyataan yang direka oleh diri sendiri tidak disokong dengan apa kajian dan ia tidak boleh dianggap fakta.

Kenyataan yang menulis bahawa rakyat sabah mengikat perut telah diperbesar-besarkan. Tidak ada rakyat sabah di kampung terpaksa mengikat perut kerana mereka tidak mempunyai makanan. Rakyat sabah sebenarnya tidak hanya bergantung kepada nasi sebagai sumber makanan. Terdapat banyak hasil tanaman yang lain boleh dimakan selain dari pada nasi seperti keledak, sayur, ikan dan lain-lain. Sebab utama rakyat sabah mengikat perut adalah kenaikan harga petrol. Perkhidmatan bas yang kurang berkesan di bandar-bandar utama seperti di Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau menyebabkan kebergantungan kepada pengangkutan sendiri untuk menjalankan aktiviti kehidupan seharian. Maka, perubahan kepada kenaikan harga petrol akan sedikit sebanyak meningkatkan kos hidup bagi penduduk sabah yang tidak mempunyai pilihan pengangkutan alternative yang berkesan.

Semua bahan keperluan yang digunakan di sabah dibawa masuk dari semenanjung. Ini disebabkan penguasaan pembekal barang keperluan yang diberikan kepada syarikat yang berpusat di semenanjung. Segala keperluan seperti tepung, susu, gula, simen dan sebagainya harus melalui satu pembekal tertentu dan diagihkan mengikut negeri masing masing. Disebabkan oleh jarak antara negeri sabah dan sarawak dengan semenanjung, faktor pengangkutan juga merupakan antara penyebab kepada kekurangan bahan keperluan asas sekiranya berlaku konflik antara syarikat pengangkutan laut tersebut. Oleh itu, bebanan dan kos sara hidup dia negeri sabah lebih tinggi daripada negeri lain walaupun keadaan ekonominya mundur.

Kesimpulannya, adalah terlambat bagi Dr Mohamad Khir Toyo memperjuangkan masalah yang dihadapi oleh penduduk di negeri sabah. Dr Mohamand Khir Toyo tidak pernah menunjukkan keperihatian tentang masalah yang dialami oleh penduduk sabah sewaktu memegang jawatan menteri besar selangor. Beliau sekurang-kurangnya boleh membantu menyalurkan sedikit bantuan dan perancangan yang boleh meningkatkan ekonomi negeri sabah. Kekalahan tampuk kerajaan UMNO di selangor adalah satu bukti sokongan dan kepercayaan terhadap beliau telah merosot. Oleh itu, apa yang ditulis oleh beliau adalah cuma propaganda dan strategi politik yang hanya untuk membantu diri sendiri dan bukan rakyat.

Pautan:
Cetusan Dr Mohamad Khir Toyo: Sabah, Kehakiman dan Politik.

Sunday, May 04, 2008

Sepintas Coretan

Ini kali pertama aku mencoret ayat dalam bahasa melayu dalam blog ini sejak ia dimulakan. Aku telah lama memikirkan untuk mengarang suratan dalam blog dalam bahasa melayu tetapi kebuntuan idea telah menyekat dan melewatkan keinginan tersebut. Bertapa susahnya untuk aku mengarang suratan ini dalam bahasa melayu sejak tidak menggunakan selama beberapa tahun dimana kebiasaanya aku mengarangan suratan dalam blog dalam bahasa inggeris.

Adalah menyedihkan sekiranya pembaca mengetahui bahawa aku telah dilatih dan pakar dalam bidang bahasa melayu sehingga taraf universiti dan lama tidak menggunakan ilmu yang dipelajari dalam kehidupan seharian. Kekurangan semangat dan motivasi merupakan alasan yang aku dapat berikan untuk menjelaskan segala kejadian ini. Oleh itu, amat sukar bagi aku memikirkan ayat-ayat yang sesuai dalam suratan blog yang pertama ini dan mengakui tahap kepakaran telah turun mendadak.

Belum aku putuskan apa yang akan dirangkumi dalam penulisan suratan blog dalam bahasa melayu. Dipikirkan ia akan mengenai sedikit coretan suara hati yang lebih bersifat peribadi yang tidak aku kisah meluahkan dalam blog ini. Setakat ini sahajalah mindaku dapat mengharungi kesengsaraan mengupas semula apa yang telah ditinggalkan selama beberapa tahun dan seterusnya mengharapkan lebih banyak coretan dalam bahasa melayu di hari yang akan datang.

Notice

I discovered that some one is using my name to write a comment at another people's blog. I don't know what is the intention to do it but i believe it is not a good one.

Please be notice:

1. I never write comment into chat box. I only gave comment at post comment.
2. Please check out with me via my contact email before accusing me making a bad mark on your site. If i find my comment was not true, i will apologize publicly.
3. Police report will be made and investigation will be done to find the culprit. The owner site will be able to track the IP address of the culprits.
4. I will personally take court action against any person who ever trying to spread false impression about me or my business.

***

Facebook