Thursday, March 17, 2011

Legalized the Illegal Immigrant in Sabah

Like it or not, the so called PTI or Project ICs are staying put in sabah. It is not like we can just send them off back to their conflict nation home where it is a Wild West country. Damaged has been done by the BN with the help of some local politician and sabahan.

To be fair to them, most of them come to sabah to earn some good living. It is us who tend to exploits them for their misfortune with cheap labor. Some of them does has a good education background and a degree holders and some of them has no connection with their home country and all they knew is sabah as their hometown.

The illegal immigrant or PTI are included the second and we're entering the third generation of their family trees. I believe that the future new government should address them well and not just put them into a difficult situation with them already in one.

To give them a permanent resident or citizenship that can vote like you and me not really a worst case scenario. We already see those first generation illegals that come to sabah, making money out from the project ICs, a legal members of UMNO and now claiming as a sultan of sulu taken no action from the current government.

Penetration of the so called illegal generation PTI in government has already happened as rumors is believed that the current CM or the former TYT are not legally legit and already taken the top position in sabah government. To give or legalized the rest of the illegals are nothing worst but at the same time give more good than worst.

For example, imagine those people can be taxed for the revenue that they earned. Those chicken wing, pari and ikan bakar and construction workers are non-tax income. With the plan to legalize and registering them, we can collect tax and earn some money to build more infrastructure like the hospital and schools to the state that the present government don't simply doing their job.

Instead of threat them as farm animal, we can try to educate them and bring well out from this bad thing. We can teach them a better way of living and hope that they will spread it out to their home family. Not every conflict has to solve by war and arms but through a good proper negotiation and economic benefits, it is a win win situation for all.

***

Sunday, March 06, 2011

Perjuangan Harus Diteruskan ( Kempen Bantahan Penggunaan Batu Arang Sebagai Penjanakuasa Elektrik )

Kerajaan negeri Sabah atas nasihat daripada Perdana Menteri Malaysia membuat keputusan tidak akan mempertimbangkan penggunaan arang batu sebagai sumber logi janakuasa di sabah merupakan satu langkah yang bijak dan tepat. Tenaga alternative atau mesra alam haruslah diberikan tumpuan yang lebih kerana alam sekitar kita tidak mampu menampung permintaan tenaga yang tinggi tanpa kesan kerosakan jangka masa yang panjang.


Ada setengah pihak yang mempertikaikan keikhlasan dan kebaikan akan keputusan itu kerana batu arang adalah salah satu sumber penjana yang paling murah dan kegagalan mengunakan batu arang sebagai sumber jana tenaga akan menyebabkan kewujudan banyak permasalahan yang berlaku. Salah satu contoh yang jelas adalah kenaikan tarif cas tenaga kepada pengguna disebabkan penyediaan sumber tenaga lain akan meningkatkan kos penjanaan pada keseluruhannya.Ada juga yang merasakan bahawa teknologi penjanaan mesra alam tidak mencapai tahap efisyen dari segi ekonomi dan teknologi kerana negara ini tidak mempunyai banyak tenaga pakar bagi penyelengara dan pengendalikan loji dengan baik dan kebergantungan kepada sumber tenaga perkerja asing adalah amat ketara sekali. Oleh itu, penggunaan batu arang sebagai sumber penjanaan tenaga di sabah adalah amat sesuai sekali berdasarkan dari segi ekonomi dan teknologi untuk membekalkan tarif harga elektrik yang murah.


Namum, perlu kita pikirkan bahawa arang batu adalah satu bahan mentah yang kotor dan akan memberi kesan kepada kehidupan alam sekitar dan penduduk dalam jangka masa panjang. Sememangnya kita akan melihat perubahan yang ketara dan kebaikan yang diberikan oleh loji batu arang dalam masa jangka yang pendek, kita akan juga melihat dan mengalami kesan jangka panjang yang tidak baik. Pelepasan zarah zarah habuk dan cecair toksik buangan dari pembakaran batu arang tidak akan hilang begitu sahaja dan ia akan berkekalan di kitaran alam dan ia menjejaskan keseimbangan alam yang telah bertahan selama berjuta juta tahun.


Persoalannya, adalah kita sanggup mengadaikan alam sekitar dan kehidupan haiwan dan manusia semata-mata kita boleh mengendalikan peralatan elektrik di rumah kita dengan harga yang murah. Adakah kita dapat menerima akan bahawa tenaga murah yang kita nikmati adalah hasil daripada pengorbanan yang diberikan oleh alam sekitar di kawasan lain dan penduduk tempatan yang diusir dan dipergunakan untuk tanpa menghiraukan kesihatan mereka untuk mengali dan melombong bahan mentah yang beracun ini? Tepuk dada tanyalah selera.


Penduduk Sabah seharusnya bangga kerana atas hasil usaha daripada pelbagai pihak, keputusan kerajaan negeri tidak mempertimbangkan penggunaan batu arang. Namun, tidak dapat dipastikan bahawa keputusan ini akan berkekalan untuk jangka masa yang lama. Tidak pulak dinyatakan sebab akan keputusan demikian dengan jelas dan terperinci kepada rakyat sabah. Penyataan yang tidak jelas ini memberikan gambaran bahawa kerajaan negeri tidak ikhlas akan pendirian mereka dan kabar angin akan pilihan raya umum akan diadakan awal memaksa mereka membuat keputusan wajar dengan mendengar seruan rakyat.


Sememangnya keputusan ini adalah dinanti-nantikan oleh mereka yang peka akan keseimbangan dan pengekalan alam sekitar yang bersih. Aktiviti penebangan hutan semulajadi dan mengantikan ia dengan tanaman kelapa sawit adalah satu kegiatan yang biasa di negeri ini. Oleh itu, untuk menampung industri yang pesat ini, satu kaedah pemjanaan tenaga yang cepat dan murah adalah dengan menggunakan batu arang sebagai sumber. Pada hakikatnya, ini tidak benar kerana banyak kilang minyak kelapa sawit telah berupaya untuk menjana kuasa tenaga sendiri dengan sumber sisa buangan pokok sawit dan masih mempunyai kapasiti bekalan tenaga yang lebih yang dapat disalurkan kepada penggunaan rakyat.


Keputusan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) untuk menghentikan atau menangguhkan kempen bantahan penggunaan batu arang adalah satu langkah yang tidak bijak sama sekali. Penggunaan batu arang dalam penjanaan tenaga elektrik pada hakikatnya tidak ditolak oleh kerajaan negeri mahupun persekutuan. Mereka hanya menyatakan ia tidak akan dipertimbangkan pada masa ini dan akan menumpukan kepada kaedah penjanaan yang mesra alam. Ini tidak menyatakan bahawa mereka tidak akan hentikan kegiatan untuk mencadangkan pembinaan loji batu arang pada masa yang akan datang.


Sekiranya benar akan bahawa batu arang sebagai sumber penjana tenaga tidak akan digunakan sama sekali di negeri sabah, ia tidak bermakna ia tidak akan digunakan di negeri lain. Kita melihat akan pembangunan loji penjana batu arang di negeri lain seperti di sarawak dan semenjung malaya. Keputusan tidak akan mempertimbangkan atau menggunakan batu arang di negeri sabah akan menyebabkan peningkatannya di negeri lain. Loji batu arang Manjung adalah satu contoh di mana penggunaan batu arang bagi penjanaan bertambah sebanyak dua kali ganda. Ini akan bertambah pada loji penjana batu arang lain di negeri lain seperti Johor akan menampakkan peningkataannya dan ini akan meningkatkan kesan buruk kepada kehidupan manusia dan alam sekitar.


Adalah menjadi tanggungjawab kepada mereka yang membantah penggunaan batu arang sebagai penjana kuasa untuk membantah sama sekali akan penggunaannya di mana-mana tempat. Kita tidak seharusnya senang berpuas hati kerana rancangan dan pelan pembinaannya telah dipinggirkan oleh negeri sabah dan dipindahkan ke negeri lain. Perlu diketahui bahawa ketidak seimbangan alam sesuatu kawasan akan memberikan kesan kepada alam sekitar yang lain. Terdapat pautan yang rapat akan seluruh ekosistem dunia lain hasil dari keseimbangan yang telah terjalin sekian lamanya. Kerosakan sesuatu tanaman, haiwan atau serangga akan menyebabkan ketidak seimbangan alam sekitar yang akan memyebabkan satu tanaman, haiwan atau serangga berkembang dan merebak ke satu kawasan lain dan menyebabkan kerosakan kepada ekologi alam sekitar di tempat lain.


Perjuangan bantahan penggunaan batu arang sebagai sumber penjana tenaga haruslah berterusan tidak kira ada atau tidak pelan atau rancangan pembinaan loji penjana batu arang di dalam atau di luar negeri. Kejadian malapetaka loji batu arang di negara lain contohnya di Tenessey di Amerika Syarikat telah memberi pengajaran kepada kita bahawa penggunaan bahan ini tidak kekal selamat walaupun banyak langkah pencegahan telah dilaksanakan. Akhirnya, yang rugi adalah alam sekitar dan mereka yang tinggal berdekatan dengan kawasan loji batu arang tersebut.


Satu langkah yang berterusan adalah untuk memastikan bahawa batu arang tidak akan digunakan sebagai sumber bahan penjana kuasa elektrik. Namum, oleh kerana manusia akan tetap menggunakan sesuatu yang murah dan cepat, batu arang masih merupakan pilihan yang logik. Apa yang tidak logik adalah kemusnahan sumber ini akan kepada kehidupan alam sekitar dan manusia pada jangka masa yang panjang. Salah satu cara yang cepat adalah untuk menyeru kerajaan untuk mengamalkan polisi dan dasar mesra alam yang kuat. Namun begitu, tanpa sokongan padu dari rakyat, ia amat sukar dilaksanakan kerana pada amnya rakyat hanya akan mahu melihat bil elektrik mereka yang murah dan tidak nampak akan kesan buruk dari penggunaan sumber yang tidak bersih.


Perlu diketahui bahawa kerajaan adalah hasil daripada sokongan rakyat. Sekiranya rakyat tidak sedia akan mengubah cara pemikiran mereka, dasar dan polisi mesra alam tidak akan dapat dilaksanakan. Penggunaan teknologi mesra alam pada amnya mahal berbanding dengan apa yang dapat ditawarkan oleh batu arang. Langkah yang paling berkesan adalah dengan aktiviti pendidikan dan kesedaran. Badan badan bukan kerajaan yang mempelopori akan bantahan penggunaan loji batu arang di negeri Sabah ini seharusnya mengambil kesempatan dari pendirian kerajaan negeri sekarang untuk membuktikan keikhlasan mereka dengan mengadakan kempen tidak kepada penggunaan batu arang ke setiap pelosok masyarakat dan rakyat amnya.


Salah satu tempat bagi aktiviti ini adalah sekolah, kawasan penempatan dan kampung di luar bandar. Ini akan dapat memberi kesedaran dan pendidikan kepada masyarakat bahawa apa yang murah tidak semestinya baik kepada diri dan alam sekitar. Ini dapat dilihat pada barangan yang dibeli seperti peralatan elektronik dan harian. Sekiranya kita mahukan barangan yang berkualiti dan tahan lama, logiknya akan kita seharusnya membayar lebih mahal. Kebanyakan barangan yang murah tidak mempunyai kualiti yang terjamin dan berkekalan pada jangka masa yang lama. Ini juga dapat dilihat dengan penggunaan sumber batu arang sebagai bahan penjana kuasa elektrik dan kesannya kepada alam sekitar dan kehidupan pada masa yang panjang.


Kita tidak juga harus berpuas hati sekiranya kita berjaya mengubah masyarakat setempat akan kesedaran alam sekitar sekiranya kawasan di negara lain masih tidak mempunyak kesedaran sedemikian. Adalah seharusnya perjuangan membantah penggunaan batu arang sebagai sumbar penjana bukan hanya pada kawasan tempatan tetapi ke seluruh pelosok dunia amnya. Walaupun kesedaran itu dapat dipupuk dikalangan masyarakat dunia pada amnya, kita tidak juga harus menghentikan akan kesedaran dan pendidikan kepada generasi muda kita yang akan datang.


Pengetahuan mengenai kesedaran tentanh kepentingan alam sekitar haruslah diteruskan untuk menjamin memastikan bahawa alam sekitar kita masih dapat dinikmati oleh anak cucu kita pada masa yang akan datang. Sekiranya manusia telah melangkah ke satu tahap yang gemilang akan kesedaran dan pemikiran, kita juga harus memastikan bahawa pada satu masa yang akan datang, kita tidak akan merosakan dunia makhluk lain yang kita lawat di alam semesta yang lain.


Ketamakan dan halobah manusia pada naluri adalah semulajadi dan ia harus dikengkang dengan pendidikan dan kesedaran yang berterusan. Sekiranya pada satu hari, andai kata kita lupa akan kesedaran ini, kita akan melihat kemusnahan kepada pihak lain semata mata kita mahukan keinginan kita dipenuhi.

***

Notice

I discovered that some one is using my name to write a comment at another people's blog. I don't know what is the intention to do it but i believe it is not a good one.

Please be notice:

1. I never write comment into chat box. I only gave comment at post comment.
2. Please check out with me via my contact email before accusing me making a bad mark on your site. If i find my comment was not true, i will apologize publicly.
3. Police report will be made and investigation will be done to find the culprit. The owner site will be able to track the IP address of the culprits.
4. I will personally take court action against any person who ever trying to spread false impression about me or my business.

***

Facebook