Monday, November 28, 2011

MEMORANDUM PROTESTING THE ISSUANCE OF COMMUNAL TITLE WHICH CONTRADICTS NATIVE CUSTOMARY RIGHTS CONCEPT

NOTE: This is the copy of the memorandum that was given to all the sabah representative during the state assembly session by PACOS TRUST together with representative from affected community on 18 November 2011. 





MEMORANDUM

BANTAHAN PENGELUARAN GERAN KOMUNAL
YANG BERCANGGAH DENGAN KONSEP TANAH HAK  ADAT ANAK NEGERI (NCR)

MEMORANDUM PROTESTING
THE ISSUANCE OF COMMUNAL TITLE
WHICH CONTRADICTS NATIVE CUSTOMARY RIGHTS CONCEPT

DISERAHKAN KEPADA

KETUA MENTERI SABAH
AHLI-AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI SABAH
PEGUAM BESAR NEGERI SABAH
PENGARAH JABATAN TANAH DAN UKUR SABAH
SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA (SUHAKAM)

SUBMITTED TO
CHIEF MINISTER OF SABAH
MEMBERS OF THE SABAH STATE LEGISLATIVE ASSEMBLY
THE STATE ATTORNEY GENERAL OF SABAH
DIRECTOR OF SABAH LANDS AND SURVEY DEPARTMENT
HUMAN RIGHTS COMMISSION OF MALAYSIA (SUHAKAM)

OLEH
PACOS TRUST Bersama Wakil-Wakil Komuniti Terlibat

BY
PACOS TRUST together with representatives from affected communities

PADA
ON
18 November 2011
(Sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah yang Ketiga Belas)
(During the 13th Sabah State Legislative Assembly Sitting)


MUKADIMAH:
Memorandum ini merupakan memorĂ¡ndum kali yang ke-tiga (3) berkenaan Tuntutan Pemilikan Tanah Hak Adat Anak Negeri (NCR) melalui pemberian Geran Komunal dibawah Seksyen 76, Ordinan Tanah Sabah. Memorandum sebelum ini telah di serahkan kepada pihak Kerajaan Negeri Sabah yang diterima oleh YB Lajim Haji Ukin (Bagi pihak Ketua Menteri Sabah) dan SUHAKAM pada Tahun 2004, kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat Mengenai Integriti pada tahun 2006 dan sekali lagi kepada Kerajaan Negeri Sabah pada Tahun 2008. Sehingga hari ini masih belum ada tindakan konkrit untuk mengiktiraf dan memartabatkan Tanah Hak Adat Anak Negeri (NCR) telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Sabah untuk menangani masalah ini. Malah, masalah pemilikan tanah Hak Adat Anak Negeri bertambah serius dengan pengeluaran Geran Komunal yang bercanggah dengan konsep Tanah Hak Adat Anak Negeri (NCR).
INTRODUCTION:
This is the third such memoranda concerning/related to Native Customary Rights land claim though communal title under the Section 76 of the Sabah Land Ordinance. Previous memorandas were submitted to the Sabah State Government and was received by YB Lajim Haji Ukin (on behalf of the Chief Minister of Sabah) and SUHAKAM in 2004, Parliamentary Select Committee on Integrity (PSCI) in 2006  again to the Sabah State Government in 2008. Up till today, no concrete actions were taken by the Sabah State Government to recognize and advocate/uphold Native Customary Rights. However, problems associated with rights of Natives to their customary tenure over land in the State seem to grow and become more prevalent and serious with the issuance of the Communal Land Titles which is contrary to the entire concept of Native Customary Rights (NCR). 
FAKTA BERKENAAN GERAN KOMUNAL:
Pada 10 Disember 2009, pindaan kepada peruntukan di bawah Seksyen 76, Ordinan Tanah Sabah Bab 68 telah diwartakan bagi membolehkan pengeluaran Geran Komunal.
FACTS ON COMMUNAL TITLE:
On the 10th December 2009, amendments as provided for under Section 76 of the Sabah Land Ordinance Chapter 68 were gazetted to allow for the issuance of communal titles.
Menurut Seksyen 76, Ordinan Tanah Sabah Bab 68, Geran Komunal ialah;
According to Section 76 of the Sabah Land Ordinance Chapter 68, Communal Titles are:

   

  Communal Titles

 

         In cases where any State land planned by the Government of Sabah or a claim to customary tenure of land has been established or a claim to native customary rights has been dealt with by a grant of land and such land is to be held or is held for the common use and benefit of natives and is not assigned to any individual as his private property it shall be lawful for the Minister to sanction a communal native title for such land to be issued in accordance with the relevant provisions of this Ordinance in the name of the Collector as trustee for the natives concerned but without power of sale and such communal native title shall be held to be a title under this Part, but shall be subject to such rent as the Minister may order.
        
         [Perkataan bergaris adalah pindaan yang diwartakan pada 10 Disember 2009]
         [Underlined portion was amended as per Gazette on 10 December 2009]
           
Pengeluaran Geran Komunal dikatakan bertujuan untuk mengatasi isu-isu tanah yang melibatkan Hak Anak Negeri Sabah dan mengoptimakan pembangunan tanah milik Anak Negeri Sabah. Pihak Jabatan Tanah dan Ukur Sabah kemudiannya telah mewujudkan kaedah pemberimilikan tanah yang baru iaitu melalui Pemberimilikan Tanah Terancang Fast Track untuk pengeluaran Geran Komunal.
The issuance of communal titles were supposedly to help resolve land issues pertaining to the natives/indigenous peoples of Sabah and optimize the development on native land. The Sabah Lands and Surveys Department consequently established a new mechanism for land ownership through Preplanned Fast Track Land Alienation for the issuance of Communal Titles.

Menurut pihak Kerajaan/Jabatan Tanah dan Ukur Sabah, objektif pengeluaran Geran Komunal ialah;
According to the Government/Sabah Lands and Surveys Department, the objectives of issuing Communal Titles are:
  1. Menyelesaikan isu tuntutan tanah Hak Adat Anak Negeri Sabah (NCR) tanpa melalui Siasatan Tanah;
Resolve Native Customary Rights claims without going through Land Enquiries;

  1. Menyelesaikan isu pertindihan permohonan tanah dan pemberimilikan  tanah yang seimbang dan adil;
Resolve overlapping land applications and establish a fair and just method of approving land applications; 

  1. mempertahankan kepentingan Anak Negeri Sabah ke atas tanah Kerajaan di sekitar kawasan perkampungan Anak Negeri;
Defend the special privileges of natives on state land and land surrounding the native 

  1. Menghalang Anak Negeri Sabah daripada menjual hakmilik tanah dan kelulusan permohonan tanah;
Prevent natives of Sabah from selling land and land approvals

  1. Mempercepatkan proses pengeluaran hakmilik tanah jenis NT/FR kepada Anak Negeri Sabah secara berkelompok (communal);
Speed up the process of issuing Native Titles/FR to natives of Sabah

  1. Membasmi kemiskinan melalui pemberimilikan tanah yang terancang dan pembangunan tanah yang optima; dan
Alleviate poverty through organised land ownership and optimal land development
  1. Menyediakan tanah Kerajaan berskala besar untuk membolehkan Kerajaan membangunkan tanah secara usahasama di antara Anak Negeri Sabah dengan Agensi Kerajaan atau Swasta.
Prepare large scale State Land to enable the State Government to develop the land through joint ventures between the natives and government agencies or private enterprises.

Pihak Kerajaan/Jabatan Tanah dan Ukur Sabah, juga telah menggariskan beberapa Dasar Pengeluaran Geran Komunal, antara lainnya ialah;
Government/Sabah Lands and Surveys Department also outlined the following Policy for the issuance of Communal Titles:
  1. YAB Ketua Menteri boleh memberi persetujuan ke atas mana-mana tanah Kerajaan yang boleh dirancang dan dicadangkan untuk pengeluaran Geran Komunal di bawah pindaan seksyen 76 Ordinan Tanah Sabah;
The Chief Minister is empowered to approve any State Land to be recommended for the issuance of Communal Titles as provided for under Section 76 of the Sabah Land Ordinance;
  1. Pemungut Hasil Tanah (PPHT) adalah Pemegang Amanah kepada Geran Komunal;
The Assistant Collector for Land Revenue is appointed and named as the Trustee on the Communal Title held for the Natives;
  1. Geran Komunal adalah merupakan syarat khas kepada geran NT/FR.
The Communal Title is a special condition to NT/FR.
  1. Hanya Anak Negeri Sabah yang ditakrifkan di bawah Ordinan Interpretasi Anak Negeri Bab. 64 yang boleh menjadi benefesiari kepada Geran Komunal;
Only Natives of Sabah (as defined under the Native Interpretation Ordinance Chapter 64) can be a beneficiary of the Communal Title;
  1. Anak Negeri Sabah hanya ditakrif sebagai peserta atau benefesiari sahaja;
Only Natives of Sabah are defined as participants or beneficiaries;
  1. Penambahan, penyingkiran dan penggantian benefesiari boleh dilakukan;
Addition, deletion and substitution of beneficiaries is allowed;
  1. Geran Komunal boleh dibangunkan secara usaha sama dengan Agensi Kerajaan atau Swasta tertakluk kepada kelulusan Pengarah Tanah dan Ukur dan persetujuan YAB Ketua Menteri; dan
Development of Communal titles by way of joint venture between government agencies or private enterprise subject to approval from the Director of Lands and Surveys Department with the consent of the Chief Minister; and
  1. Geran Komunal tidak boleh dipindahmilik atau dicagar.
Communal Titles are non-transferable and cannot be used as collateral for a loan.

TANAH HAK ADAT ANAK NEGERI (NCR): KRETERIA DAN PENGIKTIRAFAN OLEH MAHKAMAH DAN PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB)
NATIVE CUSTOMARY RIGHTS: CRITERIA AND RECOGNITION BY THE COURTS AND UNITED NATIONS

Tanah adalah sumber kehidupan masyarakat Orang Asal / Anak Negeri Sabah khususnya yang tinggal di luar bandar. Kesinambungan kehidupan, adat dan budaya bergantung sepenuhnya kepada tanah!
Land is source of livelihood for the Indigenous Peoples/Natives of Sabah in particular to those living in the rural areas. Existence of their livelihood, customs and traditions rest solely on the land!
Menurut Seksyen 15 di Ordinan Tanah Sabah Bab 68,  terdapat tujuh (7) kriteria Tanah Hak Adat Anak Negeri (NCR) iaitu;
Section 15 of the Sabah Land Ordinance Chapter 68, defines customary rights as the following:

  1. Perolehan tanah menurut pegangan adat / kaum;
Land possesed by customary tenure;


  1. Tanah yang ditanami dengan pokok buah-buahan, di mana jumlah pokok  adalah di antara 50 atau lebih pada setiap hektar;
Land planted with fruit trees, when the number of fruit trees amounts to fifty and upwards to each hectare;


  1. Pengasingan pokok buah-buahan, sagu, rotan atau lain-lain tanaman yang mempunyai nilai komersial yang mana dapat dibuktikan oleh penuntut kepada Pemungut (PPHT) tanpa keraguan;
Isolated fruit trees, and sago, rotan, or other plants of economic value, that the claimant can prove to the satisfaction of the Collector were planted or upkept and regularly enjoyed by him as his personal property;


  1. Tanah perladangan / ternakan;
Grazing land that the claimant agrees to keep stocked with a sufficient number of cattle or horses to keep down the undergrowth;

  1. Tanah yang telah dimajukan atau diusahakan dalam masa tiga tahun berturut-turut;
Land that has been cultivated or built on within three years;

  1. Tanah perkuburan atau tempat keramat;
Burial grounds or shrines;


  1. Jalan masuk biasa bagi orang  dan binatang.
Usual right of way for men or animals from rivers, roads, or houses to any or all of the above.

Tanah Hak Adat Anak Negeri (NCR) juga merupakan hak pemilikan berkekalan atau secara turun temurun sepertimana yang dinyatakan di bawah Seksyen 65 dan Seksyen 66 dalam Ordinan Tanah Sabah Bab 68.
Native Lands held under Native Customary Rights are continuous and inheritable ownership as provided for under Sections 65 and 66 of the Sabah Land Ordinance Chapter 68. 

Keputusan-Keputusan Mahkamah di Malaysia:
Setakat ini terdapat beberapa keputusan daripada Mahkamah yang telah mengiktiraf hak pemilikan tanah secara adat termasuk Tanah Hak Adat Anak Negeri (NCR). Antaranya ialah;

Decisions of the Court in Malaysia:
There have been various decisions from the Courts in Malaysia which have recognised customary land ownership including Native Customary Rights (NCR). The following are some of the decisions of the court:

1.    Kes Koperasi Kijang Mas lwn Kerajaan Negeri Perak (1992) di mana pihak Mahkamah telah memutuskan bahawa kaum orang asli mempunyai hak ke atas hasil hutan termasuk balak di kawasan simpan dan wilayah Orang Asli walaupun kawasan tersebut belum di wartakan;
Koperasi Kijang Mas vs. Kerajaan Negeri Perak (1992) where the court held that the Orang Asli have rights over the forest produce, including timber, in the Forest Reserve Areas and the territory of the Orang Asli despite the area not been gazetted as such;

2.    Kes Adong Kuwau lwn Kerajaan Negeri Johor (1997) di mana pihak Mahkamah memutuskan bahawa kaum Orang Asli mempunyai hak untuk terus hidup di tanah adat mereka dan mesti dibayar pampasan jika hak ini diambil dari mereka;

Adong Kuwau vs. Kerajaan Negeri Johor (1997) where court held that Orang Asli have rights to continue living in their customary land and has to be compensated if these rights are taken away from them;

3.    Kes Sagong Tasi lwn Kerajaan Negeri Selangor (2005) di mana pihak Mahkamah memutuskan bahawa pampasan harus dibayar mengikut Akta Pengambilan Tanah. Pihak Kerajaan Negeri Selangor juga telah ditegur oleh pihak Mahkamah kerana bukan sahaja mereka telah tidak melindungi kaum Orang Asli tetapi telah menyulitkan dan menekan mereka lagi;
Sagong Tasi lwn Kerajaan Negeri Selangor (2005) where the court held that compensation has to be paid in accordance with the Land Acquisition Act. The Selangor Government was also found by the courts to not only not protecting the Orang Asli people but that they had also made their lives miserable and continued to suppress them as well;

4.    Kes Nor Nyawai lwn Borneo Pulp Plantation (2004) di mana pihak Mahkamah memutuskan bahawa Tanah Adat (NCR) meliputi hak ke atas ladang / kebun (Temuda) dan juga Hutan Komunal (Pulau Kongsi);
Nor Nyawai vs. Borneo Pulp Plantation (2004) where the courts held that Native Customary Rights included rights over plantation / farm land (Temuda) as well as Communal Forests (Pulau Kongsi);


5.    Kes Rambilin Ambit lwn Pengarah Tanah dan Ukur Sabah (2007) di mana pihak Mahkamah memutuskan bahawa walaupun Kerajaan mendakwa sesebuah kawasan itu sebagai hak miliknya, ini tidak bermakna Anak Negeri Sabah tidak boleh memiliki Hak Adat di situ;
Rambilin Ambit vs. Pengarah Tanah dan Ukur Sabah (2007) where the court held that even though the Government claims a particular area as State Land, this does not obviate / prohibit a Native of Sabah from owning Native Customary Rights over that area;

6.    Kes Madeli Salleh lwn Pengarah Tanah dan Ukur Sarawak (2007) di mana pihak Mahkamah telah memutuskan bahawa undang-undang moden mengakui yang Hak Adat Orang Asal telah diperolehi sebelum ianya terbentuk. Oleh itu, undang-undang moden mesti menghormati kewujudan terus hak ini dan seterusnya Hak Adat perseorangan adalah sama kuatnya dengan Hak Adat Komunal;
Madeli Salleh vs Pengarah Tanah dan Ukur Sarawak (2007) where the court held that Native Customary Rights / Laws pre-existed any modern laws.  Therefore, any modern law must respect the existence of Native Customary Rights / Laws and also appreciate that personal customary rights is equivalent to communal customary rights;


7.    Kes Andawan Ansapi lwn Jabatan Perhutanan Sabah (2011) di mana pihak Mahkamah telah memutuskan bahawa Hak Adat Anak Negeri juga boleh wujud dalam sesuatu kawasan yang telah diwartakan jika ianya telah wujud sebelum masa pewartaan tersebut.
Andawan Ansapi vs. Jabatan Perhutanan Sabah (2011) where the court held that Native Customary Rights can exist in a gazetted Forest Reserve Area if such a Native Customary Rights existed before such gazettement. 

Keputusan-keputusan Mahkamah ini telah jelas menunjukan bahawa betapa pemilikan tanah menurut tanah Hak Adat Anak Negeri (NCR) ini dijamin dalam perundangan di Malaysia.
These court decisions clearly show ownership of land in accordance with NCR is guaranteed by the laws in Malaysia.


Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkenaan Hak-Hak Orang Asal Kerajaan Malaysia sebagai ahli di dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) merupakan antara Negara yang telah menerima dan menandatangani Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkenaan Hak-Hak Orang Asal yang diluluskan oleh Perhimpunan Agung PBB pada 13 September 2007.

United Nations Declaration on the Rights of Indigenous Peoples (UNDRIP):
Malaysia, as a member of United Nations, is a signatory of the United Nations Declaration on the Rights of Indigenous Peoples which was adopted by the United Nations on the 13th September 2007.

Justeru, Kerajaan Malaysia harus menghormati dan memastikan supaya Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkenaan Hak-Hak Orang Asal ini dihormati. Segala perancangan dan pembangunan yang dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Malaysia tidak harus bercanggah dengan deklarasi ini.
Therefore, the Malaysian government should respect and ensure the United Nations Declaration on the Rights of Indigenous Peoples is respected. Development plans and implementation by the Malaysian government should not contradict this declaration.

PERCANGGAHAN KAEDAH PEMBERIMILIKAN DAN CARA PENGURUSAN / PENTADBIRAN GERAN KOMUNAL DENGAN MAKSUD / SIFAT TANAH HAK ADAT ANAK NEGERI (NCR):
CONTRADICTION WITH THE PROCESS OF  ISSUANCE OF TITLES AND MANAGEMENT / ADMINISTRATION OF COMMUNAL TITLES WITH CHARACTERISTICS OF NCR
1.    Pengeluaran Geran Komunal melalui Dasar dan Kaedah Pemberimilikan dan Cara Pengurusan/Pentadbiran Geran Komunal yang diamalkan setakat ini bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan sepertimana di Perkara 13 (Hak terhadap harta) iaitu yang menyatakan bahawa (1) Tiada seorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang. (2) Tiada undang-undang boleh memperuntukkan pengambilan atau penggunaan harta dengan paksa tanpa pampasan yang memadai.... dan juga di Perkara 161A berkenaan Kedudukan Istimewa Anak Negeri Sabah dan Sarawak;
The practice of Issuing/Managing  of Communal Titles through Policies and Methods contradicts the Federal Constitution Article 13 (Rights to Property) which states: (1)  No person shall be deprived of property save in accordance with law. (2) No law shall provide for the compulsory acquisition or use of property without adequate compensation … also Article 161A on the Special position of natives of States of Sabah and Sarawak;
2.    Kandungan Terma Khas (Special Terms) dalam Geran Komunal sangat bercanggah dengan konsep Tanah Adat (NCR). Pemilik Tanah Adat (NCR) langsung tidak berkuasa ke atas Tanah Adatnya;
The Special Terms in the Communal Titles severely contradicts the NCR concept. NCR holders have absolutely no authority over their customary land;
3.    Kaedah Pemberimilikan dan Cara Pengurusan/Pentadbiran Geran Komunal yang diamalkan setakat ini juga bercanggah dengan niat dan maksud Tanah Hak Adat Anak Negeri (NCR). Pengeluaran Geran Komunal tidak sepatutnya untuk diserahkan kepada pihak luar samada melalui usahasama (Jointventure) atau sebagainya;
The current method of giving and managing/administering the Communal Titles also contradicts the good deed and meaning of NCR. Issuance of Communal Titles should not be done by external parties either through joint venture or other means.

4.    Cara mendapat persetujuan / perjanjian usahasama tidak telus dan berunsurkan rasuah dengan memberikan wang sebanyak RM500 kepada setiap orang apabila menandatangani perjanjian. Ini mendorong orang untuk terus menandatangani perjanjian tersebut walaupun tanpa pengetahuan terhadap isi kandungan perjanjian tersebut;
Methods to obtain approval/agreement for joint venture is not transparent and have elements of corruption by the act of offering RM 500 to individuals when they are  signing the agreement. This will encourage individuals to sign the agreement without knowing the contents of the agreement.

5.    Pemilik Tanah Adat (NCR) di dalam Geran Komunal hanya dianggap sebagai peserta atau benefesiari sahaja.
NCR land owners in the communal titles are considered as participants or beneficiaries only.

6.    Tiada jaminan hak milik kekal dalam Geran Komunal. Penambahan, penyingkiran dan penggantian peserta / benefesiari boleh dilakukan.
No secured tenure within the Communal Titles. Addition, deletion and substitution of participants/beneficiaries is allowed at will.

7.    Geran Komunal  sepatutnya tidak menggabungkan beberapa buah kampung / Tanah Adat (NCR) tetapi harus mengikut kampung sendiri dan tidak perlu wujud peserta / benefesiari kerana hak pemilikan tanah adalah menurut pemilikan tanah secara adat / Tanah Hak Adat Anak Negeri (NCR).
Communal titles should not combine a few villages/ Native Customary Land but it should be according to respective individual villages and there is no need for participants/beneficiaries to be named because land ownership/tenure is according to Native Customary Rights.


JUSTERU  ITU:
THEREFORE:

MENGHARGAI tindakan pihak KERAJAAN MALAYSIA menandatangani penerimaan DEKLARASI PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU BERKENAAN HAK ORANG ASAL (United Nations Declaration on the Rights of Indigenous Peoples),
HONORING the commitment by the Malaysian Government as a signatory  to the United Nations Declaration on the Rights of Indigenous Peoples,

MENYANJUNG TINGGI Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Perlembagaan Negeri Sabah dan khususnya Ordinan Tanah Sabah Bab 68 yang memberi hak istimewa ANAK NEGERI-PENDUDUK ASAL SABAH berkenaan hak pemilikan Tanah Hak Adat Anak Negeri (NCR),
UPHOLDING  the Federal Constitution of Malaysia, State Constitution of Sabah and especially the Sabah Land Ordinance Chapter 68, which gives special privileges to the natives of Sabah regarding the land ownership through Native Customary Rights,



MENGINGATI keputusan-keputusan pihak Mahkamah,
TAKING INTO ACCOUNT the various decisions of the courts

Demi meneruskan kehidupan generasi ANAK NEGERI-PENDUDUK ASAL SABAH,
To continue the existence of future generations of NATIVES OF SABAH,


KAMI MENUNTUT supaya:

WE DEMAND/URGE:

Kerajaan Negeri Sabah, MENGHENTIKAN PENGELUARAN GERAN KOMUNAL sehingga DASAR/POLISI dan kandungan TERMA KHAS (SPECIAL TERMS) dipinda untuk mengembalikan kuasa dan keselamatan hak pemilikan Tanah Adat serta Kaedah Pemberimilikan dan Cara pengurusan / Pentadbiran Geran Komunal yang lebih telus, adil dan tidak bercanggah dengan KONSEP TANAH ADAT (NCR) serta keperluan kehidupan komuniti Orang Asal / Anak Negeri di kawasan yang terbabit diambilkira.

The Sabah State Government to STOP THE ISSUANCE OF COMMUNAL TITLES until Policies and Special Terms are amended to reinstate the authority and security of land ownership and process of issuance of titles and management and administration of Communal Titles is more transparent, just and fair without contradicting the entire concept of NATIVE CUSTOMARY RIGHTS by ensuring that the continued existence / livelihoods of the Indigenous Peoples / Natives of Sabah involved are considered thoroughly 
GERAN KOMUNAL YANG SEPATUTNYA:
WHAT COMMUNAL TITLES SHOULD BE:


1.    Pemberimilikan Geran Komunal sepatutnya berdasarkan keselamatan dan kepemilikan tanah adat (NCR) dan dalam lingkungan kawasan wilayah adat setiap kampung.

Issuance of Communal Titles should be based on secured customary rights tenure  and within the indigenous territory of each village.


2.    Ia sepatutnya menjadi (Sebagai contoh) Geran Komunal Anak Negeri Kg. Lalampas, Tongod. Ini bermaksud, sesiapa sahaja penduduk atau anak negeri di kampung tersebut berhak memiliki kawasan tertentu mengikut adat dalam kawasan tanah Geran Komunal tersebut.

It should be (for example) Communal Title Kg. Lalampas Tongod, which means inhabitants/residents or native of that particular village have customary rights to own certain areas within the Communal Title.

3.    Tidak perlu wujud “Peserta” (Senarai peserta yang hanya dianggap sebagai “Beneficiary” sahaja).

There is no need for “Participants”. (List of participants are considered as “Beneficiaries” only).

4.    Pemberimilikan Geran Komunal harus meliputi keperluan komuniti di kawasan tersebut secara holistik dan penggunaan tanah yang bersepadu.

Issuance of Communal Titles has to incorporate the holistic needs of the community  in that areas as well as integrated land usage.

5.    Kawasan Geran Komunal tersebut tidak harus semata-mata untuk dibangunkan dengan tanaman monocrop (Sawit atau getah sahaja) dan tanpa mengambilkira keperluan lain seperti kepelbagaian tanaman, kawasan tadahan air individu/kawasan hutan simpan komuniti, kawasan pertanian jangka pendek dan sebagainya.

Communal Title areas should not be developed with a mono crop (oil palm or rubber only) and without taking into consideration other needs e.g. crop diversity, water catchment areas, community forest, short term crop area and etc.


    1. Contohnya; Jika kawasan tanah adat (NCR) individu seluas 15 ekar –
                                          i.    5 ekar untuk tanaman kelapa sawit;
                                        ii.    5 ekar untuk tanaman getah;
                                       iii.    1 ekar untuk kawasan tadahan air atau hutan komuniti; dan
                                       iv.    4 ekar untuk pelbagai guna (Tanaman padi bukit/tanaman jangka pendek)
a.         For example: 15 acres individual customary land
                                        v.    5 acres for oil palm;
                                       vi.    5 acres for rubber;
                                      vii.    1 acre for water catchment or community forest; and
                                    viii.    4 acres for multiple use (hill paddy/short term crop)

6.    Anak Negeri Sabah /Orang Asal mempunyai kuasa untuk menentukan jenis dan cara  pembangunan tanah di kawasan wilayah mereka sendiri.
Natives of Sabah have the right to determine the method and type of development in their own indigenous territory.

7.    Pemegang Amanah bagi Geran Komunal bagi kawasan wilayah Tanah Adat (NCR) ialah Ketua Kampung di kawasan tersebut tanpa kuasa untuk menjual atau menyewakan geran tersebut.
Communal Titles Trustees for an indigenous territory is the headman without the authority to sell or rent the title.

8.    Geran Komunal mesti meliputi kawasan perkampungan, kawasan tadahan air, kawasan berburu, kawasan pertanian dan sebagainya.
Communal Titles must cover areas for village, water catchment, hunting, agriculture and others.


PILIHAN KERAJAAN:

1.    Pihak Kerajaan boleh meneruskan pengeluaran Geran Komunal dengan Polisi/Dasar atau kaedah pemberimilikan dan cara pentadbiran / pengurusan yang di amalkan sekarang ini di LUAR KAWASAN WILAYAH TANAH HAK ADAT ANAK NEGERI (NCR); atau
The government can continue issuing communal titles with the policy or land ownership and management/administration currently implemented outside customary land and territories; or

2.    Mengiktiraf dan menghormati hak pemilikan Tanah Hak Adat Anak Negeri (NCR) samada melalui pewartaan sebagai Tanah Adat Anak Negeri (NCR), Geran Anak Negeri (NT/FR), Rezab Anak Negeri (Seksyen 78, Ordinan Tanah Sabah Bab 68) atau melalui Geran Komunal (Seksyen 76, Ordinan Tanah Sabah Bab 68) setelah pindaan semula dibuat berdasarkan kepemilikan dan keselamatan hak Anak Negeri Sabah / Orang Asal.
Recognize and respect the NCR land ownership either through gazettement as NCR land, Native Titles/FR, Native Reserve (Section 78, Sabah Land Ordinance Chapter 68) or through Communal Titles (Section 76, Sabah Land Ordinance Chapter 68) after the amendments are made based on ownership and secured tenure through NCR.




Tanah Kami, Nyawa Kami, Kehidupan Kami!




MEMORANDUM
BANTAHAN PENGELUARAN GERAN KOMUNAL
YANG BERCANGGAH DENGAN KONSEP TANAH HAK  ADAT ANAK NEGERI (NCR)

Pengesahan Organisasi dan Wakil-Wakil Komuniti mengikut Daerah yang terlibat:

No.
Nama Penuh
No. Kad Pengenalan
Daerah
Tandatangan
1.     




2.     




3.     




4.     




5.     




6.     




7.     




8.     




9.     




10.  




11.  




12.  




13.  




14.  




15.  




16.  




17.  




18.  





Notice

I discovered that some one is using my name to write a comment at another people's blog. I don't know what is the intention to do it but i believe it is not a good one.

Please be notice:

1. I never write comment into chat box. I only gave comment at post comment.
2. Please check out with me via my contact email before accusing me making a bad mark on your site. If i find my comment was not true, i will apologize publicly.
3. Police report will be made and investigation will be done to find the culprit. The owner site will be able to track the IP address of the culprits.
4. I will personally take court action against any person who ever trying to spread false impression about me or my business.

***

Facebook